Pengurusan wang adalah penting bagi menjamin masa depan yang lebih terjamin, baik bagi seorang individu mahupun organisasi. Oleh itu adalah penting untuk merancang kewangan kita semasa kita masih muda dan sihat. Namun kita sering lupa yang kita hanya merancang Tuhan menentukan. Kita hidup di dunia ini tidak selamanya akan sihat. Adakalanya kita akan mendapat penyakit.Ini kerana sewaktu kita sakit, sudah pasti banyak wang yang akan digunakan bagi membayar kos perubatan kita itu. Mungkin disebabkan oleh faktor kesihatan yang masih baik menyebabkan kita masih berada didalam situasi “comfort zone” dimana kita tidak merasakan keperluan insuran. Bila tiada keperluan maka tiadalah kepentingan. Bila tidak penting kita akan terus bertangguh-tangguh dalam melaksanakannya. Cuba ingat jika rakan-rakan anda pernah berkata “kan bagus kalau ada insurans. Nda juga susah-susah mahu cari duit untuk bayar kos perubatan”. Jika ditanya pada rakan-rakan anda yang mengalami musibah sudah pasti mereka akan mengatakan alangkah baiknya jika mereka mempunyai perlindungan insurans. Disini saya ingin menyatakan mengapa insurans lebih baik diambil seawal mungkin. Peningkatan harga premium 15% setiap tahun Setiap tahun harga premium insuran akan meningkat sebanyak 15% setiap tahun. Ini menyebabkan sekiranya kita mengambil polisi dengan manfaat yang sama pada tahun hadapan, harganya adalah 15% lebih mahal berbanding sekiranya kita ambil tahun ini. Berikut keratan artikel berkaitan kenaikan harga premium di Malaysia dan luar negara.

No comments:
Post a Comment